CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 21, 2011

Owh...Card credit ku

Entri arinie sbb blogwalking td, terjmpa ngan blog nie pasal credit kad n riba..
Emmm...sblm nie mmg dah tau pun RIBA tp naper ye cam buat x dulik jee,
Lepas baca blog nie (@http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/943-jerangkap-kad-kredit--nafsu-hutang.html)
Ada gak rasa nak g gunting trs kad2 tu (cewah cam byk je kad) sebab :

Dalil dari al-Qur’an, Allah ta’ala berfirman,

وَحَرَّمَ الرِّبَا

“Dan Allah telah mengharamkan riba.” (Qs. Al Baqarah: 275)

Dalil dari As-Sunnah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba dan dua orang saksinya. Kedudukan mereka itu semuanya sama.” (HR. Muslim nomor 2995)

Aduii...so klau aku stil carry on ngan credit card, aku tergolong dlm kumpulAn Manusia yg dilaknat Allah laa kan..
Mungkin Ada hikmahnya aku terjumpa blog psl RIBA kad kredit nie...diberi petunjuk dlm bln ramadhan nie utk berubah..erghh boleh ker?

Lagi dr blog ustaz Zaharuddin :

Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

Sudan faham ke? Takutnyer dengar tp camner life mmg dah Teri at ngan loan keta, umah dll lagilaaa smua nye loan..huhu...so nak berubah terus tu susah skt kot tapi mesti adder niat nak settlekan secepat mungkin.. so
My 1st step ialah target to settlekan balance credit card by end of this year..n stop from swipe lg dan lg..huhu
Pas2 gunting trs kad tuh....blh ker?
Nak tau berjaya ke tak, next year kna review blk post nie...hehe..cayalah(Gaya ustaz kazim)
Insyallah...smga dipermudahkan-Nya,amin


0 comments:

Post a Comment

MyLove

Lilypie Second Birthday tickers